Ahad, 14 Mac 2010

RAHSIA SOLAT YANG KHUSUK


Oleh: Ustaz Mat Esa Bin Deraman

Rahsia Solat yang Khusyuk

Solat yang khusyuk menjadi idaman bagi setiap orang yang beriman. Nilai solat disisi Allah diukur dengan cara ditunaikan, sejauhmanakah dihadirkan kebesaran Allah dalam solatnya. Setengah ulama’ mensyaratkan khusyuk sebagai nilai diterima atau tidak solat seseorang. Bahkan kalangan mereka menyatakan batal solat orang yang tidak khusyuk daripada awal hinggal akhirnya.

Khusyuk merupakan amalan hati yang disertai dengan perbuatan yang mematuhi segala rukun-rukun dan syarat-syarat kesempurnaannya. Bermula daripada wudhuk, pakaian dan tempat yang suci daripada najis serta menutup aurat dan mengadap kiblat. Demikian juga cara takbiratul Ihram, berdiri, rukuk, I’tidak, sujud dan sebagainya.
Ibnu Abbas pernah berkata: “Solat dua rakaat yang ringan dalam keadaan yang berfikir dan khusyuk lebih baik daripada mendirikan malam dalam keadaan hati yang lalai”. Memperolehi solat yang hebat seperti ini memerlukan mujahadah yang berterusan kerana khusyuk ini bukannya sesuatu yang kekal pada mana-mana manusia. Ianya perlu diikat dengan kukuh dan dijaga dengan bersungguh-sungguh kerana khusyuk hari ini tidak menjanjikannya berulang pada solat yang akan datang. Antara caranya ialah membaca dan mendengar kisah orang yang Berjaya melakukannya sepanjang kehidupan mereka.

Nabi Ibrahim a.s apabila melakukan solat kedengaran daripada jauh degupan jantungnya dek rasa hebat kebesaran Allah. Saidina Ali r.a apabila masuk waktu solat berubah air mukanya dan menjadi pucat. Manakala Ali Bin Husain apabila dia berwudhuk maka menjadi pucat mukanya. Ahli keluarganya bertanya kenapa? Beliau menjawab: “Tahukah kamu, siapa yang akan aku mengadap?” Seorang ulama’ yang bernama Said at-Tanukhi apabila melakukan solat, air matanya tidak putus-putus mengalir hingga ke janggutnya sampai selesai solatnya.

Bagaimana solat kita? Moga Allah memberi kita kekuatan untuk bermujahadah bagi mendapatkan kemanisan ini. Amin

Cara Menadah Tangan/ Berdoa Yang Betul

Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.


Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah




Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. "Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur 'ba' . Titik 'ba' letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur 'ba' bernama 'Har Hayaail'. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan" .


3. Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir.Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.

MENCARI KEBERKATAN DENGAN DOA

DOA SENJATA ORANG MUKMIN…. BERIKUT ADA PANDUAN TATA CARA BERDOA IAITU:

1) ANGKAT TANGAN KE PARAS DADA
2) RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN
3) “APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA ب

TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH. SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA. HURUF BA DIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA ‘HAR HAYAAIL’. MALAIKAT INI AKAN MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN.

4) DUDUKLAH DALAM KEADAAN SOPAN SEPERTI DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR. JIKA BERDIRI TEGAKKAN BADAN BETUL-BETUL DAN JANGAN MENYANDAR / BERSANDAR.

5) SEPANJANG BERDOA, BANYAKKAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MENYEBUT NAMA-NAMA ALLAH YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN DOA KITA PADA MASA ITU. CTHNYA… JIKA BERDOA MOHON DIPERMUDAHKAN REZEKI, SEBUTLAH NAMA ALLAH AR-RAZAQ DAN DISUSULI JUGA DENGAN BERSALAWAT NABI SAW
6) BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DARI HATI. GUNALAH BAHASA YG DAPAT DIFAHAMI KERANA ALLAH MAHA PENGASIH DAN SANGAT MEMAHAMI DAN MENDENGAR SEGALA BICARA TULUS HAMBA-HAMBANYA

7) AJARKANLAH ADAB BERDOA KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA SEDARI USIA KECIL KERANA INSYA ALLAH IA AKAN DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK DALAM KEHIDUPAN.

WALLAHU’ALAM…….. USTAZ ABDULLAH MAHMUD….

Selasa, 29 Disember 2009

IKHLASKAH KITA ?



“Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba- Mu yang mukhlis (Ikhlas) di antara mereka.”

(QS, Shaad 38 : 82-83)

“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.”

(QS Al-Hijr, 15 : 39-40)

Mengapa iblis tidak dapat menyesatkan orang-orang yang ikhlas? Kerana ketika kita ikhlas kerana Allah S.W.T, kita berserah apa sahaja kepada Allah S.W.T. Ketika itu kita tidak lagi berada di wilayah kekuatan kita tetapi di wilayah kekuatan dan kekuasaan Allah S.W.T. Kita mengikut dengan jiwa yang berserah kehendak Allah S.W.T. Mana mungkin iblis atau syaitan dapat menandingi kekuatan Allah S.W.T.

***

Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah S.W.T itu telah dilaksanakan dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan.

Tidak penting samada orang lain ikhlas atau tidak tetapi yang sangat penting adalah diri kita sendiri ikhlas atau tidak. Mari kita fahamkan tentang ikhlas dengan mengambil contoh kehidupan saya.

Jika saya bekerja kerana ingin mencari wang, maka saya bekerja ikhlas kerana wang.

Jika saya bekerja kerana ingin menyara anak-anak dan isteri saya, maka saya bekerja ikhlas kerana anak-anak dan isteri saya.

Ikhlas mesti mempunyai sandaran untuk apa saya melakukan sesuatu hal itu. Jika sandarannya wang, maka kita dikatakan ikhlas kerana wang kerana wang membuatkan kita melakukan kerja. Begitu juga dengan yang lain.

Persoalannya kini, apakah kita inginkan ikhlas yang sedemikian? Tidak! Kita tidak mahu kerana ikhlas yang sedemikian mempunyai tahap yang rendah. Lalu ikhlas yang bagaimana berada di tahap yang tinggi yang dikatakan oleh iblis sehingga tidak mampu menyesatkan kita?

Pastinya ikhlas KERANA ALLAH S.W.T. Apabila kita ikhlas kerana Allah S.W.T, pasti kita melakukan semua kerja kita kerana Allah S.W.T. Apabila kita ikhlas kerana Allah S.W.T, pasti ikhlas kita merangkumi semua termasuk kerana wang, anak-anak dan isteri, syarikat kita bekerja dan seluruhnya.

Nah! di sini terdapat satu lagi persoalan iaitu bagaimana melahirkan jiwa yang ikhlas? Apakah ia boleh dibuat-buat atau boleh diwujudkan?

***

Ikhlas tidak mampu dibuat-buat tetapi dapat diwujudkan dengan kesedaran.

Bagaimana membina kesedaran agar jiwa kita ikhlas?

Kembali kepada contoh kehidupan diri saya dan kemudian saudara aturkanlah contoh tersebut untuk kehidupan saudara.

Saya perlu SEDAR sepenuhnya tanggungjawab saya sebagai wakil Allah (khalifah) di muka bumi ini. Saya dijadikan oleh Allah S.W.T sebagai lelaki dan kini saya memiliki pelbagai tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. ke atas saya sebagai lelaki, suami, pekerja dan sebagainya.

Sebagai suami dan ayah, saya diberi tanggungjawab memastikan keluarga saya dilindungi, selamat, bahagia, cukup makan minum, tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya. Saya SEDAR tanggungjawab ini adalah tanggungjawab yang Allah S.W.T. tetapkan sebagai seorang suami.

Sebagai suami dan ayah saya perlu mencari rezeki lalu saya bekerja. Bekerjanya saya ini adalah kerana tanggungjawab saya terhadap Allah S.W.T. Ini adalah ketetapan yang Allah S.W.T. tentukan ke atas seorang suami iaitu wajib mencari nafkah untuk keluarganya.

Dengan KESEDARAN segala kerja yang saya lakukan adalah kerana saya ingin mencari nafkah dan ia merupakan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. pasti saya akan berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Ini bukan satu paksaan tetapi kerana kesedaran saya ke atas tanggungjawab saya.

Maka dengan kesedaran inilah saya melaksanakan tanggugjawab saya kerana Allah S.W.T. Tanpa disedari, saya melakukannya kerana Allah S.W.T. ikhlas kerana Allah S.W.T.

Begitu juga semasa bekerja. Tugas yang diberikan kepada saya ketika bekerja merupakan amanah dan tanggungjawab saya kepada Allah S.W.T.

Saya perlu menyedari bahawa semua ini adalah tanggungjawab yang Allah S.W.T.tentukan kepada saya. Lalu saya perlu melaksanakan semua tanggungjawab ini kerana saya ini adalah wakil Allah S.W.T. Saya perlu mengikut kehendak Allah S.W.T.,kerana saya wakilNya.

Kesedaran tanggungjawab kita kepada Allah S.W.T. memastikan kita akan melaksanakan segala tanggungjawab kita kerana Allah S.W.T. INILAH IKHLAS.

Orang yang dekat dengan Allah S.W.T. memiliki kesedaran tertinggi akan hal Allah S.W.T. Mereka tidak pernah rasa kecewa di dalam melaksanakan tanggungjawab kerana Allah S.W.T.

***

Apabila kita memiliki kesedaran tertinggi, kita akan melaksanakan tanggungjawab kita kerana Allah S.W.T. Kita tidak melakukannya kerana pangkat dan wang namun pangkat dan wang merupakan keperluan. Ia membantu kita di dalam urusan menjadi wakil Allah S.W.T. iaitu khalifah di muka bumi ini.

Kita tidak salah dan tidak dilarang sama sekali untuk memiliki wang yang banyak, pangkat yang besar, rumah yang besar dan segala kekayaan yang ada. Namun kita juga diperintahkan agar berkongsi kekayaan tersebut dengan zakat, bersedekah dan sebagainya seperti yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. di dalam Al-Quran dan Sunnah.

Setiap kerja kita diminta untuk dimulakan dengan “Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pengasih/pemurah dan Penyayang” menunjukkan bahawa kita melakukan kerja atas nama Allah S.W.T.

Kita di minta oleh Allah S.W.T mengakui bahawa tiada tuhan selain Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad S.A.W Rasul Allah S.W.T. setiap kali kita bersolat untuk mengulangi semula persaksian kita pada Allah S.W.T.
Dengan kesedaran yang tinggi di atas tanggungjawab kita sebagai wakil Allah S.W.T. dalam setiap hal kecil atau besar walaupun menyampai sedikit ilmu pun, maka ia adalah kehendak Allah S.W.T. dan kita wakil Allah S.W.T. hanya berserah untuk melakukannya. Allah mengkehendaki kita menyampaikan ilmu yang kecil itu ketika itu lalu kita sampaikan dengan penuh tanggungjawab sebagai wakil Allah S.W.T. yang memiliki ilmu tersebut.

***

Tingkatkan kesedaran kita, pasti kita akan ikhlas di dalam melakukan kerja. Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah S.W.T itu telah dilaksanakan dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan.

Rabu, 9 Disember 2009

RENUNGAN






Detik-detik Sakaratul Maut Rasulullah SAW









Detik-detik Sakaratul Maut Rasulullah SAW.


Inilah bukti cinta yang sebenar-benarnya tentang cinta, yang telah dicontohkan Allah SWT melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, meski langit mulai menguning di ufuk timur, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya.

Rasulullah dengan suara lemah memberikan kutbah terakhirnya, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasul yang tenang menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. “Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah. “Siapakah itu wahai anakku?”“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah. Fatimah menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut telah datang menghampiri. Rasulullah pun menanyakan kenapa Jibril tidak menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.

Tapi, semua penjelasan Jibril itu tidak membuat Rasul lega, matanya masih penuh kecemasan dan tanda tanya. “Engkau tidak senang mendengar kabar ini?” tanya Jibril lagi. “Kabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak, sepeninggalanku?” “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril meyakinkan.

Detik-detik kian dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakitnya, sakaratul maut ini.” Perlahan terdengar desisan suara Rasulullah mengaduh. Fatimah hanya mampu memejamkan matanya. Sementara Ali yang duduk di sampingnya hanya menundukan kepalanya semakin alam. Jibril pun memalingkan muka. “Jijikkah engkau melihatku, hingga engkau palingkan wajahmu Jibril?” tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril sambil terus berpaling. Sedetik kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat sekali maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku,” pinta Rasul pada Allah.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali pun segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatiii?” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran kemuliaan itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mencintai Allah dan RasulNya. Seperti Allah dan Rasul mencintai kita semua.

Isnin, 30 November 2009

MAJLIS PERPISAHAN

Pada 25 Nov.09 yang lalu, majlis perpisahan GPK1, Pn. Hjh. Zarina Bt Sa'adon telah diadakan.  Beliau bertukar ke SK ST. Joseph di negeri Johor.   Hampir 2 tahun beliau berkhidmat di sekolah ini.  Beliau banyak memberi motivasi dan dorongan bukan sahaja kepada para pelajar malah kepada para guru juga. 
Semoga dengan pertukaran ini, beliau dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang.  Kami, para guru SKBS memohon kemaafan atas segalanya....dan Selamat Maju Jaya.


Pn. Hjh. Zarina Bt Sa'adon sedang memberi ucapan terakhirnya.  Di sebelah kanan beliau GB Pn. Hjh. Roliyah Bt Siraj dan di sebelah kiri beliau Pn. Jamaliah Bt Ahmad Rus selaku Penyelia Petang.


GB sedang memberi ucapan sempena majlis perpisahan GPK1.


Guru-guru tahun 6 memberi hadiah perpisahan kepada GPK1.
Dari kiri, Pn. Nooraisah, Pn. Norhaslinda, Pn. Siti Hasliza, Pn. Hjh. Zarina, Pn. Nor Sarimah,
dan Pn. Rohaya.


Brothers

Doa Perpisahan

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati

Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci


Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"


Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu


Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu


Semoga Tuhan Berkatimu

UPSR DALAM GENGGAMAN



Isnin, 23 November 2009

WAJAH-WAJAH CERIA 5A DAN 4A 1B

Seramai 191 calon menduduki UPSR pada tahun ini.  30 orang murid mendapat keputusan 5A dan 4A 1B iaitu seramai 12 orang 5A dan 18 orang 4A 1B. Syukur dan tahniah atas kejayaan tersebut.

Gambar gabungan 5A dan 4A 1B


Gambar murid 5A bersama GB(tengah), GPK1(kanan), dan penyelaras tahun 6(kiri)


Gambar sebahagian murid 4A 1B

Rabu, 18 November 2009

Tanda Kebesaran Allah.....

Tanda Kebesaran Allah.....Khalimah Allah pada bukit selepas bencana di Padang.





Gambar sebelum terjadinya khalimah Allah




Oleh Abu Syifa.




Selepas kejadian yang mengerunkan menimpa kepada penduduk di Padang , banyak kejadian lain yang memberikan gambaran kebesaran Allah SWT dimana salah satunya ialah khalimah Allah tertera pada bukit (gambar diatas). kejadian tersebut telah dirakam oleh seorang sukarelawan yang pergi kesana untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa disana.

Menceritakan kejadian dimana keajaiban itu berlaku bukanlah dihari berlakunya gempa bumi tersebut, tapi apa yang difahamkan ianya berlaku atau disedari hanyalah setelah hampir 28 hari selepas kejadian. Terbentuknya khalimah Allah tersebut berdasarkan kepada runtuhan tanah dan terbentuklah khalimah Allah dengan berlatar belakangkan pokok yang masih lagi terdapat disitu.

Sesungguhnya apa yang berlaku merupakan satu kejadian dimana manusia telah diberikan nikmat hidup yang sempurna tetapi lupa kepada Allah SWT. Setelah banyak melakukan derhaka kepada Allah SWT maka Allah telah pun menghukum mereka dan memberikan amaran kepada manusia lain agar jangan terlalu leka untuk mengingati Allah sebagai pencipta dan yang berkuasa keatas segala-galanya yang ada dibumi ini.

Kewujudan Khalimah Allah ini merupakan petunjuk kepada mereka yang lupa kepada Allah agar bertaubat seberapa segera dan kepada yang beriman hendaklah menambahkan lagi amal dan ibadah kepada Allah SWT. Insya' Allah akan dilindungi oleh Allah SWT.

Selasa, 17 November 2009

Penggemar Sardin (berhati-hatilah)




 Sumber  
http://taman2syurga.multiply.com/



MAKLUMAN

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu.Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 - RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang
dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.

Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya "JANGAN MAKAN IKAN SARDIN".

Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin. Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan
beberapa kes orang yang suka makansardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin.



Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya. Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut.Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??.

 Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cookermemasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa  tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya.Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dankalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an.Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yangbersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunyajahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Wassalam wallahualam

Sabtu, 14 November 2009

FOTO-FOTO KEINDAHAN CIPTAAN TUHAN

Ini mungkin adalah tempat-tempat terindah dan paling spektakuler di dunia yang sangat jarang dilihat sebelumnya. Dari keindahan Antartika, kota-kota diatas awan, pantai-pantai tersembunyi yang spektakuler, dan tempat-tempat lainnya, yang bahkan lebih mengagumkan.


College the Valleyfield

Sebuah universiti pendidikan di Quebec, Kanada, dengan pemandangan kampus yang tidak ada duanya di dunia.


Di suatu tempat di puncak dunia.

Gambar diatas, adalah puncak Himalaya Tibet. Ini adalah titik tertinggi di seluruh Planet Bumi. Dengan foto dan cahaya seperti ini Himalaya tampak seperti sebuah tempat di planet lain.


Desa Warna-Warni

Cinque Terre, Riviera, adalah salah satu tujuan kawasan paling populer di Italia. Kota yang terkenal keindahannya ini dibangun selama ratusan tahun, dan keunikannya tetap terjaga.. Makanan laut disini juga sangat istimewa, tentu karena letaknya yang di pinggir laut Mediteranian ( UNESCO World Heritage Site).


Gunung Tungurahua, Ekuador


Benteng Chittogarh, India



International Space Station, ISS

Para astronot sedang berada dalam misi STS116 di Station  Ruang Angkasa Internasional, ISS, 3600 km diatas Selandia Baru. Pemandangannya, lumayan spektakuler

Sebuah Kota Diatas Awan

Inilah Machu Picchu, kota dari peradaban Inca yang hilang. Letaknya di Lembah Urumba, Peru, di puncak gunung, 2430 meter diatas permukaan laut. Tempat ini dibangun pada puncak kejayaan peradaban mereka, tahun 1460-an.

Sebuah Kota Di Dalam Gunung

Lihatlah kedahsyatan pintu gerbang raksasa ini. Petra, adalah kota yang dibentuk di dalam sebuah gunung batu di Yordania.. Tempat ini awalnya dibangun 100 tahun sebelum masehi oleh bangsa Nabatean.. Petra dulu sempat berkembang menjadi pusat perdagangan yang makmur di zaman Romawi karena letaknya yang strategis di Arabia. Didalamnya juga terdapat aliran sungai bawah tanah yang airnya berlimpah.


Massif De La Chartreuse


Cahaya Misterius di Utara

Sinar Aurora Borealis yang "spektakuler" di langit Alaska (ujung utara Amerika, dekat Kutub Utara). Aurora sebenarnya adalah cahaya natural di angkasa yang terjadi akibat tabrakan partikel-partikel medan magnet bumi dengan atom dan molekul dari atas atmosfir bumi. Warnanya yang paling umum ada dua, hijau dan merah dan dapa dilihat pada waktu malam.


Teluk Navagio, Zakynthos, Yunani


Reaksi di hujung dunia

Berdayung santai di laut Arktik yang sejernih kristal (tapi dingiiinn). Arktik adalah wilayah di Kutub Utara bumi (dari Bahasa Yunani yang berarti Beruang).


Selamat datang kembali di peradaban..

CUKUPLAH KEMATIAN SEBAGAI PENGAJARAN



(Untuk peringatan diri sendiri)


Selimut Putih (Lagu asal nyanyian "Orkes El Suraya" dari Medan )

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan

Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita

Janganlah mahu disanjung - sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman