Isnin, 30 November 2009

MAJLIS PERPISAHAN

Pada 25 Nov.09 yang lalu, majlis perpisahan GPK1, Pn. Hjh. Zarina Bt Sa'adon telah diadakan.  Beliau bertukar ke SK ST. Joseph di negeri Johor.   Hampir 2 tahun beliau berkhidmat di sekolah ini.  Beliau banyak memberi motivasi dan dorongan bukan sahaja kepada para pelajar malah kepada para guru juga. 
Semoga dengan pertukaran ini, beliau dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang.  Kami, para guru SKBS memohon kemaafan atas segalanya....dan Selamat Maju Jaya.


Pn. Hjh. Zarina Bt Sa'adon sedang memberi ucapan terakhirnya.  Di sebelah kanan beliau GB Pn. Hjh. Roliyah Bt Siraj dan di sebelah kiri beliau Pn. Jamaliah Bt Ahmad Rus selaku Penyelia Petang.


GB sedang memberi ucapan sempena majlis perpisahan GPK1.


Guru-guru tahun 6 memberi hadiah perpisahan kepada GPK1.
Dari kiri, Pn. Nooraisah, Pn. Norhaslinda, Pn. Siti Hasliza, Pn. Hjh. Zarina, Pn. Nor Sarimah,
dan Pn. Rohaya.


Brothers

Doa Perpisahan

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati

Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci


Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"


Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu


Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu


Semoga Tuhan Berkatimu

UPSR DALAM GENGGAMAN



Isnin, 23 November 2009

WAJAH-WAJAH CERIA 5A DAN 4A 1B

Seramai 191 calon menduduki UPSR pada tahun ini.  30 orang murid mendapat keputusan 5A dan 4A 1B iaitu seramai 12 orang 5A dan 18 orang 4A 1B. Syukur dan tahniah atas kejayaan tersebut.

Gambar gabungan 5A dan 4A 1B


Gambar murid 5A bersama GB(tengah), GPK1(kanan), dan penyelaras tahun 6(kiri)


Gambar sebahagian murid 4A 1B

Rabu, 18 November 2009

Tanda Kebesaran Allah.....

Tanda Kebesaran Allah.....Khalimah Allah pada bukit selepas bencana di Padang.





Gambar sebelum terjadinya khalimah Allah




Oleh Abu Syifa.




Selepas kejadian yang mengerunkan menimpa kepada penduduk di Padang , banyak kejadian lain yang memberikan gambaran kebesaran Allah SWT dimana salah satunya ialah khalimah Allah tertera pada bukit (gambar diatas). kejadian tersebut telah dirakam oleh seorang sukarelawan yang pergi kesana untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa disana.

Menceritakan kejadian dimana keajaiban itu berlaku bukanlah dihari berlakunya gempa bumi tersebut, tapi apa yang difahamkan ianya berlaku atau disedari hanyalah setelah hampir 28 hari selepas kejadian. Terbentuknya khalimah Allah tersebut berdasarkan kepada runtuhan tanah dan terbentuklah khalimah Allah dengan berlatar belakangkan pokok yang masih lagi terdapat disitu.

Sesungguhnya apa yang berlaku merupakan satu kejadian dimana manusia telah diberikan nikmat hidup yang sempurna tetapi lupa kepada Allah SWT. Setelah banyak melakukan derhaka kepada Allah SWT maka Allah telah pun menghukum mereka dan memberikan amaran kepada manusia lain agar jangan terlalu leka untuk mengingati Allah sebagai pencipta dan yang berkuasa keatas segala-galanya yang ada dibumi ini.

Kewujudan Khalimah Allah ini merupakan petunjuk kepada mereka yang lupa kepada Allah agar bertaubat seberapa segera dan kepada yang beriman hendaklah menambahkan lagi amal dan ibadah kepada Allah SWT. Insya' Allah akan dilindungi oleh Allah SWT.

Selasa, 17 November 2009

Penggemar Sardin (berhati-hatilah)




 Sumber  
http://taman2syurga.multiply.com/



MAKLUMAN

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu.Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 - RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang
dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.

Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin. Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya "JANGAN MAKAN IKAN SARDIN".

Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin. Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan
beberapa kes orang yang suka makansardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin.



Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya. Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut.Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??.

 Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cookermemasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa  tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya.Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dankalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an.Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yangbersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunyajahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Wassalam wallahualam

Sabtu, 14 November 2009

FOTO-FOTO KEINDAHAN CIPTAAN TUHAN

Ini mungkin adalah tempat-tempat terindah dan paling spektakuler di dunia yang sangat jarang dilihat sebelumnya. Dari keindahan Antartika, kota-kota diatas awan, pantai-pantai tersembunyi yang spektakuler, dan tempat-tempat lainnya, yang bahkan lebih mengagumkan.


College the Valleyfield

Sebuah universiti pendidikan di Quebec, Kanada, dengan pemandangan kampus yang tidak ada duanya di dunia.


Di suatu tempat di puncak dunia.

Gambar diatas, adalah puncak Himalaya Tibet. Ini adalah titik tertinggi di seluruh Planet Bumi. Dengan foto dan cahaya seperti ini Himalaya tampak seperti sebuah tempat di planet lain.


Desa Warna-Warni

Cinque Terre, Riviera, adalah salah satu tujuan kawasan paling populer di Italia. Kota yang terkenal keindahannya ini dibangun selama ratusan tahun, dan keunikannya tetap terjaga.. Makanan laut disini juga sangat istimewa, tentu karena letaknya yang di pinggir laut Mediteranian ( UNESCO World Heritage Site).


Gunung Tungurahua, Ekuador


Benteng Chittogarh, India



International Space Station, ISS

Para astronot sedang berada dalam misi STS116 di Station  Ruang Angkasa Internasional, ISS, 3600 km diatas Selandia Baru. Pemandangannya, lumayan spektakuler

Sebuah Kota Diatas Awan

Inilah Machu Picchu, kota dari peradaban Inca yang hilang. Letaknya di Lembah Urumba, Peru, di puncak gunung, 2430 meter diatas permukaan laut. Tempat ini dibangun pada puncak kejayaan peradaban mereka, tahun 1460-an.

Sebuah Kota Di Dalam Gunung

Lihatlah kedahsyatan pintu gerbang raksasa ini. Petra, adalah kota yang dibentuk di dalam sebuah gunung batu di Yordania.. Tempat ini awalnya dibangun 100 tahun sebelum masehi oleh bangsa Nabatean.. Petra dulu sempat berkembang menjadi pusat perdagangan yang makmur di zaman Romawi karena letaknya yang strategis di Arabia. Didalamnya juga terdapat aliran sungai bawah tanah yang airnya berlimpah.


Massif De La Chartreuse


Cahaya Misterius di Utara

Sinar Aurora Borealis yang "spektakuler" di langit Alaska (ujung utara Amerika, dekat Kutub Utara). Aurora sebenarnya adalah cahaya natural di angkasa yang terjadi akibat tabrakan partikel-partikel medan magnet bumi dengan atom dan molekul dari atas atmosfir bumi. Warnanya yang paling umum ada dua, hijau dan merah dan dapa dilihat pada waktu malam.


Teluk Navagio, Zakynthos, Yunani


Reaksi di hujung dunia

Berdayung santai di laut Arktik yang sejernih kristal (tapi dingiiinn). Arktik adalah wilayah di Kutub Utara bumi (dari Bahasa Yunani yang berarti Beruang).


Selamat datang kembali di peradaban..

CUKUPLAH KEMATIAN SEBAGAI PENGAJARAN



(Untuk peringatan diri sendiri)


Selimut Putih (Lagu asal nyanyian "Orkes El Suraya" dari Medan )

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan

Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita

Janganlah mahu disanjung - sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Nak tahu Apa itu IKHLAS



"Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia  adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas  menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, asanya  tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi  nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.  Siapa yang mengaku ikhlas walaudpun sebelum ini
ikhlas, otomatik, ikhlasnya terbatal.

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:

Membantu seseorang sambil berkata,"Ambillah, saya  ikhlas..."  Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. "Saya  tolong awak ini ik! hlas, tapi sedih, awak menolak.."  Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan  tandatangan, "Yang ikhlas" "Yang Benar."  Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang  mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa  yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang  empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas,

Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga  diterima Allah.

ERTI IKHLAS

Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur  jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang
tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila  sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis  lagi (tidak pure).  Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca  Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:

1. kerana suruhanNya
2. kerana keredhoaanNya
3. kerana arahanNya
4. kerana mentaatiNya
5. kerana patuh padaNya

Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau k!  erananya yang satu, tujuan satu , dan didorong oleh
yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah,  tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah
ikhlas - dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau  nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali
sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau  terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana
riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang  tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah,
undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala,  hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau
ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik  khafi. Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta
pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas  kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang  selain dari "kerana Allah".

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama  yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai
yakni yang terdedah kepada p! andangan umum seperti:  berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di  depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu  hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira,  selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin  popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh  hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak  seperti membuat rumah di atas lumpur. Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis  kedudukan:

1. awal
2. pertengahan
3. akhir

Kerosakan awal

Contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata,"Inilah masanya nak jadi
popular." "Aku akan jadi terkenal..." "Dengan ceramah  ini dapatlah duit poket." Ada juga yang berniat untuk
menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum  berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang  yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan

Niat untuk berceramah sudah baik te! tapi sewaktu  berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi  kesan itu hingga hati kecil kita berkata,"Hebat juga  aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada  pula yang menangis."

Kerosakan akhir

Niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang  rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari
berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata,"Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis." Waktu itu maka datanglah rasa ujub  hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua.

Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu
ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai tidak juga berubah sebab hati sudah cacat. Orang ramai memuji kita, tetapi tetap tidak berubah
sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takut
dan cema! s samada diterima amalan kita atau ditolak. "Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu,
tapi amalan hati kamu."

Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah  semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita
melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah.

Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan
doa yang berikut:

"Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada
kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin
tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju
keredhoaan Mu, ya Allah "

Ikhlas umpama semut hitam berada di atas batu hitam dimalam yang gelap. tiada siapa pun yang tahu tentang
ikhlas kecuali Allah. Ikhlas ni adalah rahsia di dalam rahsia Allah

Jumaat, 6 November 2009

Universiti Etnik-Etnik Guangxi Tawarkan Jurusan Bahasa Melayu


Ketika ramai rakyat Malaysia mulai tidak cintakan bahasa negaranya sendiri sehingga kepada pihak Kementerian Pelajaran yang menafikan hak rakyat untuk mempelajari Matematik dan Sains dalam bahasanya sendiri, Namun bahasa ini dipelajari secara meluas dimerata dunia termasuklah di China.


Terkini Universiti Etnik-Etnik Guangxi telah menawarkan jurusan bahasa Melayu pada bulan Oktober lalu. Kini, kelas jurusan bahasa Melayu di universiti tersebut mempunyai 19 orang pelajar, terdiri daripada 15 orang pelajar perempuan dan 4 orang pelajar lelaki. Kebanyakan mereka berasal dari Guangxi, Sichuan dan Hainan, China. Yu Yue dari Universiti Penganjian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU) yang kini bertugas sebagai guru bahasa Melayu di Universiti Etnik-Etnik Guangxi memaklumkan: "Kursus bahasa Melayu dimulakan di sini pada 6 Oktober yang lalu. Semua pelajar ini berminat kepada bahasa Melayu dan juga negara Malaysia. Beberapa orang antara mereka telah mula memperlihatkan bakat dalam mengusai bahasa Melayu."


Prof. Wu Zongyu, Pengarah Pusat Pengajian Melayu China

Kursus bahasa Melayu yang pertama bagi 19 orang mahasiswa yang baru ini disampaikan oleh pakar bahasa Melayu yang terkenal di China, Prof. Wu Zongyu yang juga Pengarah Pusat Pengajian Melayu China dari BFSU. Prof. Wu Zongyu ketika diwawancara oleh wartawan CRI berkata: "Jurusan bahasa Melayu buat pertama kalinya ditawarkan di Universiti Guangxi pada tahun ini. Pusat Penganjian Melayu China berkewajipan untuk membantu usaha pengajian bahasa Melayu di sana kerana kami bertanggungjawab atas pengembangan bahasa Melayu di China. Perkara ini mampu merapatkan hubungan antara rakyat China dengan kaum Melayu, malah hubungan antara kedua-dua negara. Kini, semakin ramai remaja China menunjukkan minat kepada bahasa Melayu, Mereka dapat memberikan sumbangan kepada persahabatan China-Malaysia. Oleh yang demikian, kami bersedia memberikan bantuan kepada semua institusi pengajian tinggi di China yang ingin menawarkan kursus bahasa Melayu."



Prof. Huang Xiulian

Canselor Institut Bahasa-Bahasa Asing Universiti Universiti Etnik-Etnik Guangxi Guangxi, Prof. Huang Xiulian memberitahu wartawan bahawa hubungan kerjasama dan pertukaran antara Guangxi dengan negara-negara ASEAN menjadi semakin erat beberapa tahun kebelakangan ini. Hal ini terjadi selepas Nanning, ibu kota Guangxi, diisytiharkan sebagai tempat tetap bagi penganjuran Ekspo China-ASEAN dan perkembangan proses penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN. Oleh hal yang demikian, Universiti Etnik-Etnik Guangxi menawarkan jurusan bahasa Melayu memandangkan permintaan yang semakin bertambah terhadap tenaga manusia yang mampu menggunakan bahasa dari pelbagai negara anggota ASEAN. Prof. Huang Xiulian berkata: "Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN akan siap ditubuhkan, pada asasnya menjelang tahun 2010. Guangxi yang lokasinya menghubungkan China dengan negara ASEAN dijangka dapat menjalinkan hubungan yang semakin erat dengan ASEAN, baik dari segi politik, ekonomi, maupun dari segi kebudayaan. Bahasa Melayu digunakan secara meluas di rantau ASEAN. Selain daripada Malaysia dan Brunei Darussalam, ia juga boleh digunakan di Indonesia dan Filipina. Memandangkan hal yang sedemikian, kami merasakan amat perlu untuk menawarkan jurusan bahasa Melayu di Universiti kami."


Menurut Prof. Huang Xiulian, semua pelajar yang mengikuti jurusan bahasa negara-negara ASEAN di Universiti Etnik-Etnik Guangxi diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran selama setahun di seberang laut, yakni di negara bagi bahasa yang berkenaan. Hal ini akan membantu mahasiwa untuk menjadi lebih mahir dan cekap menggunakan lisan dan mengetahui secara dekat dan lebih mendalam tentang masyarakat tempatan.

Islam agama nasihat.


Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat” (QS. Al-Baqarah: 7).




Islam adalah agama nasihat, sabda Rasulullah SAW. Kerana itu, setiap manusia sangat dianjurkan untuk sentiasa memilih isi nasihat yang baik dan menggunakan cara penyampaian yang baik . Sekali lagi ini menunjukkan Islam adalah agama yang menjunjung tinggi keyakinan bahwa nasihat bukan hanya berpeluang besar dalam mencegah orang untuk melakukan kemungkaran, tetapi juga berpeluang memperbaiki perangai manusia yang telah rosak.

Nasihat diumpamakan perahan kepada santan kelapa, yang diambil hanya santan atau kebaikan sahaja. Kerana itu mendengar nasihat berarti mendapatkan kebaikan dari ucapan seseorang, oleh itu wajarlah nasihat hanya didengar dari yang ahlinya bagi memastikan yang diperolihi adalah "mutiara" bagi penyuluh jalan hidup. Seterusnya mencapai kemulian yang diharapkan.

Sabda Rasulullah . “Tolonglah saudaramu yang melakukan kezaliman dan yang dizalimi”. Lalu, salah seorang bertanya, “Wahai Rasulullah, tentu saya akan menolongnya jika dia seorang yang dizalimi, lalu bagaimana saya menolongnya jika ia melakukan kezaliman?” Rasulullah menjawab, “Kamu menahannya atau menghalanginya dari kezaliman, maka hal itu adalah cara untuk menolongnya” (HR Bukhari).

Cara yang paling baik untuk menahan seseorang dari melakukan kejahatan tentunya dengan memberi nasihat. Cara itu bukan hanya boleh menumbuhkan benih cinta dan kasih sayang antara pihak yang dinasihati dengan pihak pemberi nasihat. Tetapi juga mencegah timbulnya rasa sakit hati bagi orang yang terlanjur melakukan kezaliman.

Namun begitu harus diingat kadangkala nasihat secara keras dan nasihat dengan lembut tidak mampu mencegah seseorang dari melakukan kejahatan atau memperbaiki kerosakan perangainya. Ini disebabkan mereka itu tergolong dalam kelompok yang disebutkan dalam Al-Quran, seperti ayat diatas iaitu sebahagian manusia yang sudah ditutup rapat hati, telinga, dan matanya.

Nilai sepasang kasut.


“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga.” (QS. At-Tahrim: 8).




Kebiasaannya harga kasut lebih mahal berbanding dengan harga topi atau kopiah. Tetapi kalau dilempar dengan kasut, kita mengganggapnya suatu penghinaan dan melempar topi adalah kepuasan dan menandakan suautu kegembiraan. Mungkin kerana kasut digunakan di bagian paling rendah dari tubuh manusia, sedangkan topi digunakan di bagian tubuh paling atas. Namun menurut Rasulullah SAW, dengan kasutlah seorang pelacur memberi minum seekor anjing yang kehausan sehingga diampuni dosanya dan dijanjikan surga.

Sebagaimana yang dilakukan oleh seorang wartawan Iraq, Muntazer yang melemparkan sepasang kasutnya kepada Bush merupakan suatu penghinaan yang menyebabkan dia dianggap wira oleh umat Islam bukan saja dinegaranya tetapi oleh umat Islam seluruh dunia.

Dalam suatu hadits riwayat Bukhari dari Abu Hurairah, “Seorang wanita pezina diampuni dosa-dosanya. Dia mendapati seekor anjing yang sedang berada di pinggir sumur yang sedang menjulurkan lidahnya. Nabi SAW bersabda, ’Ia (anjing itu) hampir mati karena kehausan.‘ Lalu wanita itu melepaskan kasutnya dan mengikat dengan tudungnya dan mengambil air dengannya untuk (memberi minum) anjing itu. pekerjaan itu mengampunkan dosanya.”

Kisah itu menjadi pengajaran berharga bagi kita. Di antara jika ampunan dosa dari Allah boleh diperolehi seseorang hanya kerana memberi minum seekor anjing, lalu bagaimana dengan orang-orang yang memberi makan manusia yang lapar, memberi minum manusia yang kehausan, memberitahukan jalan kepada manusia yang tersesat, memberi bantuan (lain) kepada manusia yang memerlukan? Oleh karena itu, tersangat penting bagi kita menolong orang lain yang memerlukan walaupun dalam keadaan yang menurut sebahagian manusia tidak begitu berharga, tetapi yakinlah ia berharga dalam pandangan Allah

Kesalahan bahasa Melayu yang lazim


Kesalahan bahasa dalam penulisan sering berlaku sama ada disedari ataupun tanpa disedari. Kesalahan bahasa pasti berlaku jika kita tidak mengetahui hukum tatabahasa. Oleh itu, dalam bahagian ini disenaraikan beberapa kesalahan bahasa yang biasa dilakukan sebagai panduan dan hukum tatabahasa sebagai rujukan bagi meminimumkan kesalahan bahasa yang berlaku semasa menulis.



3.1 Kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan
Kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan ialah kesalahan menggunakan kata atau frasa atau imbuhan di tempat yang tidak sepatutnya. Kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan paling kerap kita lakukan dalam penulisan. Terdapat banyak kesalahan dari segi kata, frasa dan imbuhan yang dapat saya kesan dalam bahan terbitan. Yang berikut merupakan kesalahan kata, frasa dan imbuhan yang lazim berlaku.

3.1.1 Kata, frasa dan imbuhan kata nama

i. Penggunaan kata nama khas di tempat kata nama am
a. Bahasa Inggeris dan bahasa Inggeris

Ejaan b huruf besar bagi ejaan Bahasa Inggeris digunakan apabila merujuk kepada subjek atau mata pelajaran. Jika tidak, b bagi ejaan bahasa Inggeris perlu dieja dengan huruf kecil. Begitu juga bagi bahasa Melayu.

ii. Penggunaan kata dan frasa nama yang tidak tepat
a. Teladan ATAU Tauladan

Penggunaan kata teladan adalah betul. Hal ini demikian kerana kata tauladan adalah salah mengikut tatabahasa.

b. Pusat beli-belah ATAU Pusat membeli-belah

Penggunaan kata yang betul ialah pusat beli-belah. Hal ini demikian kerana pusat membeli-belah membawa maksud kompleks tersebut berjalan untuk melaksanakan urusan jual beli.

c. Kata alu-aluan ATAU Kata-kata aluan

Penggunaan kata yang betul ialah kata alu-aluan. Hal ini demikian kerana dalam kamus tidak terdapat perkataan aluan.

iii. Penggunaan imbuhan Pe-...-an di tempat imbuhan PeR-...-an
a. Persaraan ATAU Pesaraan

Kata pesaraan tidak terdapat dalam kamus. Oleh itu, kata persaraan adalah betul.

b. Perdamaian ATAU Pedamaian

Kata pedamaian tidak terdapat dalam kamus. Oleh itu, kata perdamaian adalah betul.
iv. Penggunaan imbuhan PeR-...-an di tempat imbuhan Pe-...-an

a. Pelantikan ATAU Perlantikan

Kata perlantikan tidak terdapat dalam kamus. Oleh itu, kata pelantikan adalah betul.

b. Peletakan ATAU Perletakan

Kata perletakan tidak terdapat dalam kamus. Oleh itu, kata peletakan adalah betul.


NOTA:

Bagi menentukan sama ada satu-satu perkataan itu menerima Pe-...-an atau PeR-...-an, perkataan itu boleh diuji dengan imbuhan beR-.... Jika perkataan tersebut boleh menerima beR-... dan meN-..., hal ini bermakna perkataan tersebut juga boleh menerima imbuhan PeR-....-an. Jika perkataan tersebut dapat menerima imbuhan meN-..., hal ini bermakna perkataan tersebut boleh menerima imbuhan Pe-...-an.

v. Kesalahan penggunaan imbuhan kata nama
a. Penstrukturan ATAU Pengstrukturan

Penstrukturan adalah betul. Hal ini demikian kerana kata pinjaman yang bermula dengan huruf s dan t menerima imbuhan pen- dan bukannya peng-.

b. Pergolakan ATAU Pergolakkan

Kata pergolakan adalah betul. Hal ini demikian kerana kata nama hanya menerima imbuhan apitan peR-...-an dan bukannya peR-...-kan.

c. Pengklasifikasi ATAU Penklasifikasi

Pengklasifikasi adalah betul. Hal ini demikian kerana kata pinjaman yang bermula dengan huruf k akan bergabung dengan imbuhan peng- dan bukannya pen-.

vi. Hukum D-M

a. Hal-hal lain ATAU Lain-lain hal

Penggunaan yang betul ialah hal-hal lain. Hal ini demikian kerana kata hal-hal merupakan unsur yang diterang manakala kata lain pula merupakan unsur yang menerang. Begitu juga bagi frasa lain-lain perkara dan lain-lain agenda. Frasa yang betul ialah perkara-perkara lain dan agenda-agenda lain.

b. Janji temu ATAU Temu janji

Penggunaan yang betul ialah janji temu. Hal ini demikian kerana kata janji merupakan unsur yang diterang manakala kata temu pula merupakan unsur yang menerang. Sesungguhnya, kita membuat janji untuk bertemu dan bukannya bertemu untuk berjanji.

c. Pendingin hawa ATAU Penghawa dingin

Penggunaan yang betul ialah pendingin hawa. Hal ini demikian kerana kata pendingin merupakan unsur yang diterang manakala kata hawa pula merupakan unsur yang menerang.


NOTA:
D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan itu, unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur penerang pula hadir pada kedudukan kedua.

Contohnya:

Diterangkan (D) Menerangkan (M)

sos cili
restoran Aminah
lampu suluh
dapur gas
perpustakaan mini


Maklumat lanjut berkenaan buku CARA MUDAH MENGENAL PASTI KESALAHAN LAZIM DALAM BAHASA MELAYU ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my

PROGRAM HARI RAYA RIMUP


Khamis, 5 November 2009

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda



Kurangkan makan bawang besar


Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam


Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selau menggunakan imajenasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok)

kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang ada pewarna

Jangan makan makanan yang ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam