Sabtu, 14 November 2009

Nak tahu Apa itu IKHLAS



"Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia  adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas  menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, asanya  tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi  nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.  Siapa yang mengaku ikhlas walaudpun sebelum ini
ikhlas, otomatik, ikhlasnya terbatal.

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:

Membantu seseorang sambil berkata,"Ambillah, saya  ikhlas..."  Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. "Saya  tolong awak ini ik! hlas, tapi sedih, awak menolak.."  Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan  tandatangan, "Yang ikhlas" "Yang Benar."  Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang  mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa  yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang  empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas,

Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga  diterima Allah.

ERTI IKHLAS

Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur  jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang
tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila  sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis  lagi (tidak pure).  Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca  Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:

1. kerana suruhanNya
2. kerana keredhoaanNya
3. kerana arahanNya
4. kerana mentaatiNya
5. kerana patuh padaNya

Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau k!  erananya yang satu, tujuan satu , dan didorong oleh
yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah,  tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah
ikhlas - dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau  nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali
sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau  terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana
riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang  tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah,
undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala,  hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau
ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik  khafi. Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta
pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas  kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang  selain dari "kerana Allah".

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama  yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai
yakni yang terdedah kepada p! andangan umum seperti:  berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di  depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu  hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira,  selalunya ramai yang terjebak.

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin  popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh  hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak  seperti membuat rumah di atas lumpur. Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis  kedudukan:

1. awal
2. pertengahan
3. akhir

Kerosakan awal

Contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata,"Inilah masanya nak jadi
popular." "Aku akan jadi terkenal..." "Dengan ceramah  ini dapatlah duit poket." Ada juga yang berniat untuk
menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum  berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang  yang melukis di atas air.

Kerosakan pertengahan

Niat untuk berceramah sudah baik te! tapi sewaktu  berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi  kesan itu hingga hati kecil kita berkata,"Hebat juga  aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada  pula yang menangis."

Kerosakan akhir

Niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang  rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari
berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata,"Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis." Waktu itu maka datanglah rasa ujub  hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua.

Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu
ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai tidak juga berubah sebab hati sudah cacat. Orang ramai memuji kita, tetapi tetap tidak berubah
sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takut
dan cema! s samada diterima amalan kita atau ditolak. "Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu,
tapi amalan hati kamu."

Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah  semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita
melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah.

Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan
doa yang berikut:

"Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada
kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin
tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju
keredhoaan Mu, ya Allah "

Ikhlas umpama semut hitam berada di atas batu hitam dimalam yang gelap. tiada siapa pun yang tahu tentang
ikhlas kecuali Allah. Ikhlas ni adalah rahsia di dalam rahsia Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan