Sabtu, 5 September 2009

BERITA SEKOLAH MAJLIS MOHON RESTU

Pada hari Jumaat yang lalu, 4 September 2009 bersamaan 14 Ramadan 1430H, pihak SKBS bersama UBK sekolah telah mengadakan Majlis Mohon Restu Tahun 6. Majlis ini diadakan supaya murid-murid dapat bermaaf-maafan dengan guru-guru serta mengucapkan terima kasih atas ilmu-ilmu yang dicurahkan.

Majlis dimulai dengan bacaan surah Yaasin. Sebaik sahaja selesai, murid tahun 6 berkumpul untuk mendengar amanat dan pesanan terakhir. Ucapan dimulai oleh guru penyelaras tahun 6, KP BM, KP BI, KP MT, dan KP SN. Selepas itu, ucapan daripada UBK dan Guru Disiplin, seterusnya bermulalah ucapan daripada para pentadbir, GPK HEM, GPK 1 dan GB SKBS.

Majlis diteruskan dengan pemberian 'pencil case' kepada semua murid tahun 6 yang disampaikan oleh GB SKBS. Majlis kemudiannya bersurai. Pada jam 11.45 pagi, majlis bersalam-salaman dengan para guru diadakan.





Majlis Mohon Restu ini telah dimulai dengan bacaan surah Yaasin oleh murid-murid tahun 6, 5, dan 4 pada pagi Jumaat.

Bacaan surah Yaasin ini diadakan di kantin sekolah berikutan sekolah SKBS sedang dinaiktaraf.




Pn. Saripah Hj. Hashim selaku KP PAI, mengetuai bacaan Yaasin. Beliau sedang membacakan doa surah Yaasin. Gambar kiri, Pn. Mahirah, guru yang bertugas pada hari itu.













Murid-murid tahun 6 seramai 187 orang murid sedang khusuk mendengar amanat-amanat akhir oleh para pentadbir dan guru-guru. Dari kiri GPK1, Pn. Hjh. Zarina Sa'adon, Guru Besar, Pn. Hjh. Roliyah Siraj dan GPK HEM, Pn. Hjh. Rodziah Hj Suradi.















Penyelaras Tahun 6, Pn. Siti Hasliza Mohd Hashim telah diberi penghargaan untuk memberikan ucapan pertama dalam majlis ini.








KP BM, Pn. Rohaya Md. Said yang sangat berpengalaman mengajar BM memberikan pesanan-pesanan penting untuk subjek tersebut.

KP BI, Pn. Sarah Izzati menyampaikan amanat terakhirnya.

GPK1 merangkap guru Sains, Pn. Hjh. Zarina Sa'adon memberi motivasi dan tips-tips terkini untuk subjek Sains.

Pn. Nooraisah Md Said selaku KP MT memberi nasihat kepada murid-murid agar jangan cuai menjawab soalan MT.

Kaunselor sekolah, Pn. Norlela Hussin, memberi nasihat dan meminta murid agar sentiasa menjaga kesihatan sepanjang peperiksaan berlangsung.

GPK HEM, Pn. Hjh. Rodziah Hj. Suradi menyampaikan kata-kata hikmah yang menarik dan berguna kepada murid-murid sebagai motivasi.

Guru Besar SKBS, Pn. Hjh. Roliyah Siraj, memberikan kata-kata perangsang kepada murid-murid supaya sentiasa berusaha untuk mendapatkan 5A.

Pihak sekolah telah berbesar hati memberikan 'pencil case' kepada setiap murid tahun 6 untuk digunakan semasa peperiksaan nanti.

Guru Besar sedang memberikan 'pencil case' kepada setiap murid tahun 6.

Terdapat 2 batang pensel 2B, 1 pemadam, dan 1 pembaris dalam setiap 'pencil case'.

Ucapan terima kasih tidak lekang diucapkan oleh mereka atas pemberian tersebut.

Setiap wajah mereka sangat ceria dan berseri-seri menerima pemberian tersebut. Semoga mereka dapat menjawab dengan baik pada hari itu nanti.

Guru Disiplin, En. Sahril Bin Sitam bersama murid 'kesayangannya', Thanabalan dan Thanaselan.


Salam Mohon Restu ini telah bermula pada pukul 11.45 pagi. Semua murid beratur di luar dewan peperiksaan lalu bersalam dengan guru-guru yang berada di situ.


Suasana ketika itu amat menyentuh perasaan guru mahupun murid. Lebih-lebih lagi hujan turun renyai-renyai menambahkan lagi kesayuan dalam hati masing-masing.


Murid-murid bersalam dengan guru-guru yang berada di hadapan bilik guru.


Setiap guru tidak lupa memberi pesanan dan nasihat-nasihat terakhir semasa bersalaman. Antara pesanan tersebut ialah mohom maaf kepada kedua ibu bapa dan menjaga tingkah laku.
Dari kiri, Pn. Maryani Draman(PAI), Pn. Norhanim Naim(UBK), Pn. Hjh. Zarina Sa'adon(GPK1), dan Pn. Rohaya Md Said(KP BM)


Semoga Majlis Mohon Restu ini, membawa keinsafan dan seterusnya memberi kesucian hati kepada murid-murid SKBS sebelum melangkah untuk menghadapi UPSR.
'Ya Allah, semua ilmu yang aku dapat ini adalah milikMu ya Allah. Sesungguhnya hamba yang dhaif ini memulangkan semula ilmu ini kepadaMu. Harapanku ya Allah, moga Kau beri dan pulangkanlah semula kepadaku ilmu ini semasa aku menjawab soalan nanti ya Allah. Dan kekalkanlah ia di dalam memoriku ya Allah. Amin Ya Rabbal 'Alamin... '


1 ulasan: