Majlis dimulai dengan bacaan surah Yaasin. Sebaik sahaja selesai, murid tahun 6 berkumpul untuk mendengar amanat dan pesanan terakhir. Ucapan dimulai oleh guru penyelaras tahun 6, KP BM, KP BI, KP MT, dan KP SN. Selepas itu, ucapan daripada UBK dan Guru Disiplin, seterusnya bermulalah ucapan daripada para pentadbir, GPK HEM, GPK 1 dan GB SKBS.
Majlis diteruskan dengan pemberian 'pencil case' kepada semua murid tahun 6 yang disampaikan oleh GB SKBS. Majlis kemudiannya bersurai. Pada jam 11.45 pagi, majlis bersalam-salaman dengan para guru diadakan.
Majlis Mohon Restu ini telah dimulai dengan bacaan surah Yaasin oleh murid-murid tahun 6, 5, dan 4 pada pagi Jumaat.
Pn. Saripah Hj. Hashim selaku KP PAI, mengetuai bacaan Yaasin. Beliau sedang membacakan doa surah Yaasin. Gambar kiri, Pn. Mahirah, guru yang bertugas pada hari itu.
Penyelaras Tahun 6, Pn. Siti Hasliza Mohd Hashim telah diberi penghargaan untuk memberikan ucapan pertama dalam majlis ini.
Salam Mohon Restu ini telah bermula pada pukul 11.45 pagi. Semua murid beratur di luar dewan peperiksaan lalu bersalam dengan guru-guru yang berada di situ.
Suasana ketika itu amat menyentuh perasaan guru mahupun murid. Lebih-lebih lagi hujan turun renyai-renyai menambahkan lagi kesayuan dalam hati masing-masing.
Murid-murid bersalam dengan guru-guru yang berada di hadapan bilik guru.

Setiap guru tidak lupa memberi pesanan dan nasihat-nasihat terakhir semasa bersalaman. Antara pesanan tersebut ialah mohom maaf kepada kedua ibu bapa dan menjaga tingkah laku.
Semoga Majlis Mohon Restu ini, membawa keinsafan dan seterusnya memberi kesucian hati kepada murid-murid SKBS sebelum melangkah untuk menghadapi UPSR.
'Ya Allah, semua ilmu yang aku dapat ini adalah milikMu ya Allah. Sesungguhnya hamba yang dhaif ini memulangkan semula ilmu ini kepadaMu. Harapanku ya Allah, moga Kau beri dan pulangkanlah semula kepadaku ilmu ini semasa aku menjawab soalan nanti ya Allah. Dan kekalkanlah ia di dalam memoriku ya Allah. Amin Ya Rabbal 'Alamin... '
saya minta izin ambil fotonya ya :)
BalasPadam